Wednesday, April 7, 2010

PENGLIBATAN MOTOR DALAM PERGERAKAN MANIPULATIF.

Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar dan penting untuk pergerakan kanak-kanak.Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan tangan kanak-kanak. Kemahiran pergerakan manipulatif ini adalah penting untuk kanak-kanak bagi memanipulasikan kemahiran,koordinasi,keseimbangan dan kestabilan dalam membuat gerakan.Pergerakan manipulatif melibatkan motor halus dan motor kasar di mana kedua-dua motor ini memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan pergerakan manipulatif terhadap kanak-kanak.Motor halus merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota seperti tangan dan kaki untuk membuat gerakan.Antara contoh gerakan ini adalah seperti memegang,mengenggam dan menggunakan jari mereka.Selain kemahiran motor halus,kemahiran motor kasar juga penting bagi kanak-kanak membuat gerakan manipulatif di mana kanak-kanak belajar bagaimana memperkembangkan motor kasar mereka.Ia termasuklah dalam pergerakan seperti membaling,menendang,melompat dan sebagainya.Pergerakan kanak-kanak bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahirannya memanipulasikan otot dan anggota untuk membuat gerakan.

Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak,sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama.Oleh itu,penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus,kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin.Aktiviti fizikal yang dijalankan di kelas prasekolah dan sekolah juga dikenali sebagai pendidikan fizikal.

No comments:

Post a Comment