Wednesday, April 7, 2010

KEMAHIRAN MANIPULATIF.

Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak dikatakan telah bermula sejak mereka lahir lagi.Ianya berkembang seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar dan penting untuk pergerakan kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas.

Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan tangan kanak-kanak,ini kerana kehidupan seharian kanak-kanak yang lebih suka kepada aktiviti bermain dan alat permainan adalah yang selalu digunakan oleh kanak-kanak berkenaan. Kemahiran manipulatif lebih melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan meransang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari. Sesetangah alat mainan misalnya puzzle hanya membenarkan pergerakan dalam satu cara sahaja. Mainan seperti ini mengkehendaki kanak-kanak mencuba sehingga meraka berjaya.

Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak juga membolehkan kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermakna dengan sesuatu objek. Contohnya kanak-kanak diminta menangkap dan melontar bola yang pelbagai saiz dan bentuk seperti bola sepak, bola takraw, bola baling, bola tampar, bola ragbi dan bola tenis.Ini semua tidak lain adalah untuk memperkayakan perkembangan kognitif dan psikomotor iaitu motor kasar dan motor halus kanak-kanak berkenaan.Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan manipulatif sesuatu objek dengan meningkatkan tahap kesukaran seperti menggunakan jari untuk memusingkan objek, menarik benang, menyelak buku atau melakarkan gambar dengan menggunakan pensil krayon. Pada peringkat ini juga kita akan melihat sama ada tangan kanan atau kanan kiri yang dominan dalam pergerakan manipulatif kanak-kanak.

Kemahiran manipulatif melibatkan gerakan loko-motor dan bukan loko-motor. Gerakan bukan loko-motor adalah gerakan setempat seperti membongkak, merengang dan memusingkan badan. Manakala gerakan loko-motor adalah pergerakan yang melibatkan pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan memanjat. Oleh itu, gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktivitiyang menggunakan otot besar. Contohnya penggunaan tangan atau kaki untuk berhubung dengan objek.

Bagi kemahiran manipulatif, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak. Contohnya kebolehan mengawal otot kecil badan biasanya di kaitkan dengan kebolehan koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan gerakan manipulatif yang tepat.

No comments:

Post a Comment