Wednesday, April 7, 2010

CADANGAN AKTIVITI KEMAHIRAN MANIPULATIF.

Aktiviti bagi kemahiran manipulatif melibatkan penggunaan motor halus dan kasar. Kanak-kanak akan meningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan penglibatan penggunaan objek atau alat tertentu. Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu, anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat di lihat misalnya dalm aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengengam dan mengenakan tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegam objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dengan mengendalikan objek di dalam kelas.

Penggunaan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, menggolekan, melantunkan atau melompat melepasi bola tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiaran manipulatif juga buleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil melantunkan bola di lantai atau berlari sambil bermain tali skiping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka.

Justeru bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak ini, guru seharusnya membuat perancangan ulang alik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelanggang badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakan kemahiran manipulatif. Contohnya raket tenis, kayu hoki dan pemukul softball dalam merancang aktiviti bagi meningkatkan kemahiran manipulatif mereka.

No comments:

Post a Comment