Wednesday, April 7, 2010

MATLAMAT PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MANIPULATIF.

Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam garakan motor kanak-kanak. Oleh iti, dalam membuat perancangan kemahiran motor halus dan motor kasar, aktiviti kemahiran manipulatif juga diberi tumpuan. Menurut PPK (2003) kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan koordinasi antara anggota badan.

Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengenggam dan mengenakan tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegang objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dalam mengendalikan objek di dalam kelas. Penggunan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, mengolekkan, melantunkan, atau melompat melepasi bola tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiran manipulatif juga boleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil malantunkan bola di lantai atau berlari sambil bermain tali skipping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka.

Dengan itu, bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak ini, guru seharusnya membuat perancangan ruang yang baik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelenggang badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakkan penglibatan kemahiran manipulatif kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment