Wednesday, April 7, 2010

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pergerakan Manipulatif sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak,sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama. Penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus,kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. Pergerakan Manipulatif ini melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Penggunaan motor halus melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki dan lidah. Keadaan ini dapat dilihat di mana mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana kanak-kanak perlu menggunakan otot tangan dan jari. Penggunaan motor kasar pula melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Penggunaan motor kasar dapat dilihat misalnya, semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Oleh itu, kesemua bentuk pergerakan manipulatif alatan ini memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi yang lebih sistematik dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan bagi meningkatkan lagi perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.

1 comment:

  1. Las Vegas' Wynn Casino - JTM Hub
    Casino. Wynn is a 도레미시디 출장샵 $4 billion resort with four hotel towers with 5,750 rooms and suites. Each of the hotel https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ towers includes a www.jtmhub.com 20,000 square worrione foot casino and a

    ReplyDelete