Wednesday, April 7, 2010

KESAN PERGERAKAN MANIPULATIF

KESAN POSITIF

Setelah apa yang telah kita pelajari daripada pergerakan manipulatif ini, dapatlah kita ketahui kesan-kesan positif dan negatif hasil darripada pembelajaran dan pengajaran dalam pergerakan manipulatif ini.Kesan positif daripada pergerakan ini ialah di mana kanak-kanak mampu untuk melakukan aktiviti harian mereka sendiri seperti memegang sudu dengan betul,menggunakan gunting dengan cara yang betul dan sebagainya.

Selain dari itu,kanak-kanak juga mampu meningkatkan kebolehan mereka dalam koordinasi mata di mana melalui aktiviti yang di jalankan iaitu dikenali sebagai ‘dexterity’ seperti yang diterangkan dalam tajuk penglibatan motor halus dalam pergerakan maniulatif.kanak-kanak yang dilatih sejak dari kecil lagi,mampu atau berupaya melakukan aktiviti pergerakan manipulatif ini dengan baik dan ini sekiranya guru-gutu melatih cara pergerakan manipulatif dengan betul dan ini dilakukan secara berterusan sehingga mereka dapat menguasai pergerakan manipulatif ini.Daripada pergerakan ini juga,kanak-kanak mampu memperkembangkan motor halus dalam pengawalan pensil dengan menulis dengan betul dan gengaman jari tangan dengan betul.

Seperti yang telah kita ketahui,kemahiran motor kasar ini melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan,kaki dan keseluruhan badan.Oleh itu,tenaga yang diperlukan juga adalah besar.Setelah kanak-kanak mempelajari pergerakan ini,kanak-kanak mampu meningkatkan kemahiran mereka seperti berjalan,mengimbangkan badan dengan berdiri sebelah kaki,berjengket beberapa langkah,melompat dengan kedua-dua belah kaki,meloncat berterusan selama 1 minit,berlari ke arah yang ditentukan,naik dan turun tangga,mengimbangkan badan secara perlahan dan sebagainya.

KESAN NEGATIF

Kesan negatif daripada pergerakan ini ialah kanak-kanak mungkin akan mengalami trauma hasil daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.Ini adalah kerana kanak-kanak yang mengalami kecederaan ketika ketika melakukan aktiviti pergerakan manipulatif ini akan berasa diri mereka tidak selamat sekiranya mereka melakukan aktiviti tersebut untuk kedua kali atau untuk yang seterusnya.Sebagai contoh,Ali terjatuh ketika dalam aktiviti berlari dan menyebabkan kaki kanannya terseliuh.Daripada peristiwa tersebut,Ali berasa takut dan trauma untuk melakukan aktiviti tersebut untuk hari yang akan datang kerana takut akan peristiwa tersebut akan menimpa dirinya lagi.

Kesan yang kedua ialah timbul perasaan tidak yakin pada diri sendiri.Daripada perasaan trauma yang di jelaskan tadi,maka timbulah pula perasaan tidak yakin pada diri sendiri.Kanak-kanak akan berasa tidak yakin pada diri mereka lantaran daripada perasaan trauma yang di alami mereka.Sebagai contoh,Ali sudah tidak yakin pada dirinya kerana dia tidak berani melakukan aktiviti seperti berlari.Selain daripada itu,kanak-kanak juga terdedah dengan risiko bahaya dalam melakukan aktiviti pergerakan manipulatif ini.Mereka terdedah kepada risiko seperti kecederaan, kebimbangan,perasaan takut dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment