Wednesday, April 7, 2010

BENTUK-BENTUK PERGERAKAN MANIPULATIF ALATAN.

Manipulatif alatan mempunyai pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukkan oleh kanak-kanak bagi meningkatkan lagi kemahiran motor kasar dan motor halus seseorang kanak-kanak itu. Antara bentuk-bentuk pergerakannya adalah menyambut, memukul, dan membaling. Di bawah pergerakan membaling ini terdapat 2 subtopik bentuk gerakan balingan iaitu gerakan balingan bawah paras bahu dan balingan atas bahu.

Bentuk pergerakan manipulatif alatan yang pertama adalah gerakan memyambut. Gerakan ini mudah dilakukan oleh kanak-kanak samada berseorangan mahupun berpasangan kerana pergerakannya tidak susah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Pergerakan menyambut ini, boleh meningkatkan lagi motor kasar kanak-kanak dan dapat merenggankan otot-otot serta dapat menyihatkan tubuh badan. Walaupun aktiviti ini mudah dilakukan, ianya memerlukan cara yang betul bagi malakukannya. Cara-cara pergerakan menyambut dilakukan dengan seseorang penyambut haruslah berada setentang, tepat di belakang atau di bawah paras bola yang dihantar bagi memastikan tangkapan yang baik. Di samping itu, kedua-dua belah tangan dihulurkan ke hadapan bagi membuat tangkapan. Sebaik sahaja bola sampai ke tangan undurkan tangan ke arah badan untuk menghasilkan tangkapan yang sempurna. Contoh-contoh aktiviti pergerakan menyambut adalah melambung pundit kacang ke udara dan menyambut semula, menyambut pundit kacang yang dilempar oleh pasangan, melantun bola di dinding dan menengkap semula.

Seterusnya pergerakan manipulatif alatan memukul yang tidak kurang mudahnya dilakukan oleh kanak-kanak. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan. Misalnya, memukul alatan dengan menggunakan tangan, dan memuku alatan dengan gengaman. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan motor kasar kanak-kanak dengan lebih efektif lagi. Pergerakan memukul ini mempunyai cara-cara yang tertentu. Antaranya, sekira tangan atau kaki dijadikan alat pemukul, bahagiannya yang keras dan lebar hendaklah digunakan sebagai bahagian utama, misalnya bahagian terlebar pada gengaman atau bahagian tapak kaki. Objek yang hendak dipukul haruslah mengenai tangan atau kaki pemukul semasa hayunan berada diperingkat paling laju dan hayunan juga hendaklah dilajakkan mengikut arah sasaran. Contohnya, aktiviti menjatuhkan bola kemudian memukul dengan tangan dari aras bahu ketika bola itu melantun dan ulang dari sisi serta bawah bahu.

Bentuk pergerakan manipulatif alatan yang terakhir adalah pergerakan membaling. Pergerakan ini terdiri daripada dua bentuk gerakan iaitu gerakan balingan bawah aras bahu dan gerakan balingan atas paras bahu. Bentuk gerakan balingan bawah aras bahu dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan bagi kanak-kanak yang tidak mahir lagi dan bagi yang telah mahir balingan bolehlah dilakukan dengan sebelah tangan sahaja menggunakan sebiji bola kecil. Pergerakan ini memerlukan cara balingannya yang tersendiri iaitu pembaling berdiri dengan merapatkan kaki menghadap sasaran, tangan kanan diluruskan ke bawah dan ke belakang. Pada masa yang sama, badan berpusing sedidit ke kanan dan berat badan disokong oleh kaki kanan. Seterusnya tangan dihayun pantas ke hadapan dan pada masa yang sama kaki kiri melangkah ke hadapan serta bola dilepaskan apabila bola berada pada sudut tepat bersetentangan dengan sasaran. Di samping itu, tangan kiri menghayun ke belakang untuk menyokong imbangan badan.

Bentuk pergerakan membaling yang kedua ialah gerakan balingan atas paras bahu. Aktiviti balingan ini memerlukan cara yang betul bagi menjalankannya, tidak kiralah dengan menggunakan bola atau alatan lain. Antara caranya, pembaling yang menggunakan tangan kanan mestilah berdiri dalam kedudukan kaki kiri ke hadapan dan sisi kiri menghala ke sasaran. Jejari menggengam bola dan tangan pembaling dihayun ke belakang sehingga kedudukannya menjadi sudut tegak dengan badan dan bola berada pada kedudukan di belakang telinga serta pergelengan tangan dikunci. Kemudian bawa tangan yang mengengam bola ke arah hadapan dengan siku mendahului dan bola dilepaskan pada paras bahu. Seterusnya keseluruhan tangan dilajakkan menghala ke arah sasaran dengan melangkahkan kaki kanan untuk membaiki imbangan.

Kesemua pergerakan manipulatif ini melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Penggunaan motor halus melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki dan lidah. Keadaan ini dapat dilihat di mana mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana kanak-kanak perlu menggunakan otot tangan dan jari. Penggunaan motor kasar pula melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Penggunaan motor kasar dapat dilihat misalnya, semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola inilah yang bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Oleh itu, kesemua bentuk pergerakan manipulatif alatan ini memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi yang lebih sistematik dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan bagi meningkatkan lagi perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MENINGKATKAN PERKEMBANGAN MOTOR KASAR.

UMUR (BULAN)

AKTIVITI

HURAIAN

0-3 BULAN

· Membaringkan bayi dalam posisi meniarap

· Aktiviti ini akan menguatkan otot lehernya. Ia juga dapat merangsang tangan dan kaki untuk bergerak aktif.

· Ibu bapa boleh meletakkan bayi dalam kedudukan meniarap sambil memanggil nama atau bertepuk tangan dan ini akan membuatkan bayi mengangkat kepala.

4-6 BULAN

· Tepuk tangan dan mengenal gambar

· Bayi pada usia 4 bulan sudah boleh mengenali gambar orang dan membezakan orang-orang yang sentiasa ada di sisinya ataupun tidak.

· Ibu baap boleh duduk bersama bayi dan pegang buku yang menyediakan ilustrasi yang menarik dengan warna yang terang bagi membolehkan bayi membezakan gambar-gambar yang ditunjukkan.

· Pada usia lingkungan ini juga bayi sudah boleh bertepuk tangan sekiranya diajar atau ditunjukkan oleh orang dewasa. Ibu bapa boleh menunjukkan cara bertepuk tangan dan menyuruh bayi mengikutnya secara perlahan-lahan.

7-9 BULAN

· Kaedah membangunkan bayi

· Pada usia 7 bulan pula, bayi sudah boleh mengangkat punggungnya, ini membolehkan orang dewasa membangunkan bayi untuk berdiri bagi menguatkan kakinya.

· Ibu bapa boleh meletakkan objek atau barang permainan di atas meja di mana bayi boleh nampak dan ini membantu bayi untuk berdiri atau bangun dengan sendiri. Ini akan membuatkan bayi ingin berdiri dan seterusnya berjalan ke tempat yang mempunyai objek untuk dicapai oleh bayi tersebut.

· Aktiviti begini dapat menguatkan kaki bayi dan mempercepatkan proses untuk bayi belajar berjalan dengan stabil.

10-12 BULAN

· Mengacah bayi untuk berdiri

· Pada usia 10 bulan, bayi sudah dapat duduk dan berdiri tanpa bantuan walaupun seketika sahaja.

· Ibu bapa juga boleh meletakkan bayi ke dalam ’walker’ dan meletakkan barang permainan jauh daripada bayi. Ini membolehkan bayi untuk bergerak di dalam ’walker’ untuk mengambil barang permainan tersebut.

PENGLIBATAN MOTOR DALAM PERGERAKAN MANIPULATIF.

Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar dan penting untuk pergerakan kanak-kanak.Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan tangan kanak-kanak. Kemahiran pergerakan manipulatif ini adalah penting untuk kanak-kanak bagi memanipulasikan kemahiran,koordinasi,keseimbangan dan kestabilan dalam membuat gerakan.Pergerakan manipulatif melibatkan motor halus dan motor kasar di mana kedua-dua motor ini memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan pergerakan manipulatif terhadap kanak-kanak.Motor halus merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota seperti tangan dan kaki untuk membuat gerakan.Antara contoh gerakan ini adalah seperti memegang,mengenggam dan menggunakan jari mereka.Selain kemahiran motor halus,kemahiran motor kasar juga penting bagi kanak-kanak membuat gerakan manipulatif di mana kanak-kanak belajar bagaimana memperkembangkan motor kasar mereka.Ia termasuklah dalam pergerakan seperti membaling,menendang,melompat dan sebagainya.Pergerakan kanak-kanak bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahirannya memanipulasikan otot dan anggota untuk membuat gerakan.

Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak,sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama.Oleh itu,penguasaan kemahiran motor sama ada motor halus,kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin.Aktiviti fizikal yang dijalankan di kelas prasekolah dan sekolah juga dikenali sebagai pendidikan fizikal.

PENGLIBATAN MOTOR HALUS DALAM PERGERAKAN MANIPULATIF.

Pergerakan manipulatif yang melibatkan motor kasar ini memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan motor kasar kanak-kanak di mana ia melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan , pergelangan tangan ,jari-jari tangan, kaki ,jari kaki, bibir dan lidah.Dalam pergerakan ini juga,koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata juga terlibat.Dalam meningkatkan pergerakan manipulatif ini,kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri.

Kemahiran motor halus dapat diperkembangakan sekiranya kanak-kanak di beri bimbingan yang betul kepada ibu bapa dan guru-guru sekolah.

Daripada pergerakan manipulatif ini, kanak-kanak berupaya menggunakan kemahiran dalam motor halus dengan baik.Contohnya,kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul.Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun,mereka mungkin telah berupaya menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk.Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mampu mengikat tali kasut mereka dengan sendirinya.

Dalam pergerakan manipulatif ini juga mampu membimbing kanak-kanak dalam kemahiran menggunakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dinamakan ‘dexterity’.Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak.Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka.Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis,melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.Oleh itu,penglibatan motor halus dalam pergerakan manipulatif sangatlah penting bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak tetapi juga dalam meningkatkan kemahiran motor kassar yang mana akan dibincangkan sebentar lagi.