| UMUR (BULAN) | AKTIVITI | HURAIAN | 
| 0-3 BULAN | ·      Membaringkan   bayi dalam posisi meniarap | ·        Aktiviti ini akan menguatkan otot lehernya. Ia juga dapat merangsang tangan dan kaki untuk bergerak   aktif. ·        Ibu bapa boleh meletakkan bayi dalam kedudukan meniarap sambil memanggil   nama atau bertepuk tangan dan ini akan membuatkan bayi mengangkat kepala. | 
| 4-6 BULAN | ·      Tepuk   tangan dan mengenal gambar | ·      Bayi   pada usia 4 bulan sudah boleh mengenali gambar orang dan membezakan   orang-orang yang sentiasa ada di sisinya ataupun tidak. ·      Ibu   baap boleh duduk bersama bayi dan pegang buku yang menyediakan ilustrasi yang   menarik dengan warna yang terang bagi membolehkan bayi membezakan   gambar-gambar yang ditunjukkan.  ·      Pada   usia lingkungan ini juga bayi sudah boleh bertepuk tangan sekiranya diajar   atau ditunjukkan oleh orang dewasa. Ibu bapa boleh menunjukkan cara bertepuk   tangan dan menyuruh bayi mengikutnya secara perlahan-lahan. | 
| 7-9 BULAN | ·          Kaedah membangunkan bayi | ·     Pada   usia 7 bulan pula, bayi sudah boleh mengangkat punggungnya, ini membolehkan   orang dewasa membangunkan bayi untuk berdiri bagi menguatkan kakinya. ·     Ibu   bapa boleh meletakkan objek atau barang permainan di atas meja di mana bayi   boleh nampak dan ini membantu bayi untuk berdiri atau bangun dengan sendiri.   Ini akan membuatkan bayi ingin berdiri dan seterusnya berjalan ke tempat yang   mempunyai objek untuk dicapai oleh bayi tersebut. ·     Aktiviti   begini dapat menguatkan kaki bayi dan mempercepatkan proses untuk bayi   belajar berjalan dengan stabil. | 
| 10-12 BULAN | ·   Mengacah   bayi untuk berdiri | · Pada usia 10 bulan, bayi sudah dapat duduk dan berdiri tanpa bantuan walaupun seketika sahaja. ·        Ibu   bapa juga boleh meletakkan bayi ke dalam ’walker’   dan meletakkan barang permainan jauh daripada bayi. Ini membolehkan bayi untuk bergerak di dalam ’walker’ untuk mengambil barang   permainan tersebut. | 
Wednesday, April 7, 2010
AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MENINGKATKAN PERKEMBANGAN MOTOR KASAR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
No comments:
Post a Comment