Thursday, April 8, 2010

Senarai ahli kumpulan


Wednesday, April 7, 2010

KEMAHIRAN MANIPULATIF.

Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak dikatakan telah bermula sejak mereka lahir lagi.Ianya berkembang seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar dan penting untuk pergerakan kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas.

Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan tangan kanak-kanak,ini kerana kehidupan seharian kanak-kanak yang lebih suka kepada aktiviti bermain dan alat permainan adalah yang selalu digunakan oleh kanak-kanak berkenaan. Kemahiran manipulatif lebih melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan meransang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari. Sesetangah alat mainan misalnya puzzle hanya membenarkan pergerakan dalam satu cara sahaja. Mainan seperti ini mengkehendaki kanak-kanak mencuba sehingga meraka berjaya.

Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak juga membolehkan kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermakna dengan sesuatu objek. Contohnya kanak-kanak diminta menangkap dan melontar bola yang pelbagai saiz dan bentuk seperti bola sepak, bola takraw, bola baling, bola tampar, bola ragbi dan bola tenis.Ini semua tidak lain adalah untuk memperkayakan perkembangan kognitif dan psikomotor iaitu motor kasar dan motor halus kanak-kanak berkenaan.Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan manipulatif sesuatu objek dengan meningkatkan tahap kesukaran seperti menggunakan jari untuk memusingkan objek, menarik benang, menyelak buku atau melakarkan gambar dengan menggunakan pensil krayon. Pada peringkat ini juga kita akan melihat sama ada tangan kanan atau kanan kiri yang dominan dalam pergerakan manipulatif kanak-kanak.

Kemahiran manipulatif melibatkan gerakan loko-motor dan bukan loko-motor. Gerakan bukan loko-motor adalah gerakan setempat seperti membongkak, merengang dan memusingkan badan. Manakala gerakan loko-motor adalah pergerakan yang melibatkan pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan memanjat. Oleh itu, gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktivitiyang menggunakan otot besar. Contohnya penggunaan tangan atau kaki untuk berhubung dengan objek.

Bagi kemahiran manipulatif, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak. Contohnya kebolehan mengawal otot kecil badan biasanya di kaitkan dengan kebolehan koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan gerakan manipulatif yang tepat.

KONSEP MANIPULATIF ALATAN.

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan baik pergerakan loko motor ataupun pergerakan bukan loko-motor.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah lagi, ini kerana pada peringkat ini kanak-kanak lagi mudah menerima apa yang diajar oleh guru.Sekiranya pergerakan ini diajar pada peringkat sekolah rendah ataupun prasekolah ini akan meningkatkan kemahiran kanak-kanak itu lagi iaitu kemahiran motor kasar mahupun kemahiran motor halus,ini kerana akan melahirkan kanak-kanak yang cergas dan cerdas dalam ko-kurikulum seperti bersukan.Sekiranya ianya dapat diterapkan pada peringkat awal lagi sudah pasti misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang hendah melahirkan anak—anak yang aktif dalam semua bidang akan berjaya,kita tengok sekarang ini kebanyakan kanak-kanak hanya berjaya didalam akademik sahaja tetapi dalam sukan ataupun ko-kurikulum mereka lemah.Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan angota badan seperti tangan,kaki,dan pergerakan badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.Sekiranya kanak-kanak dapat mengetahui dan menguasai kemahiran manipulatif ini merekan akan lebih yakin dan koordinasi badan mereka akan lagi tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mempelajari kemahiran manipulatif.

MATLAMAT PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MANIPULATIF.

Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam garakan motor kanak-kanak. Oleh iti, dalam membuat perancangan kemahiran motor halus dan motor kasar, aktiviti kemahiran manipulatif juga diberi tumpuan. Menurut PPK (2003) kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan koordinasi antara anggota badan.

Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengenggam dan mengenakan tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegang objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dalam mengendalikan objek di dalam kelas. Penggunan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, mengolekkan, melantunkan, atau melompat melepasi bola tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiran manipulatif juga boleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil malantunkan bola di lantai atau berlari sambil bermain tali skipping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka.

Dengan itu, bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak ini, guru seharusnya membuat perancangan ruang yang baik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelenggang badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakkan penglibatan kemahiran manipulatif kanak-kanak.

CADANGAN AKTIVITI KEMAHIRAN MANIPULATIF.

Aktiviti bagi kemahiran manipulatif melibatkan penggunaan motor halus dan kasar. Kanak-kanak akan meningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan penglibatan penggunaan objek atau alat tertentu. Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu, anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat di lihat misalnya dalm aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengengam dan mengenakan tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran memegam objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dengan mengendalikan objek di dalam kelas.

Penggunaan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, menggolekan, melantunkan atau melompat melepasi bola tersebut. Aktiviti gerakan dan kemahiaran manipulatif juga buleh meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil melantunkan bola di lantai atau berlari sambil bermain tali skiping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka.

Justeru bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak ini, guru seharusnya membuat perancangan ulang alik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelanggang badminton atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakan kemahiran manipulatif. Contohnya raket tenis, kayu hoki dan pemukul softball dalam merancang aktiviti bagi meningkatkan kemahiran manipulatif mereka.

KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR KASAR.

kandungan

Hasil pembelajaran

  • Menguasai kemahiran manipulatif.
  • Kemahiran motot kasar-

koordinat otot

leher-kepala

  • Mengerakan kepala ke pelbagai arah.
  • Menanduk objek

  • Menguasai kemahiran manipulatif.
  • Menguasai koordinasi mata-tangan

  • Membaling objek ke sasaran.
  • Menyambut objek menggunakan kedua-dua belah tangan.
  • Membaling, melambung dan menangkap objek besar dan kecil.
  • Melantun dan menangkap.
  • Melompat menggunakan tali skipping.

  • Menguasai kemahiran manipulatif.
  • Menguasai koordinasi anggota badan.

  • Memanjat.
  • Bergayut.
  • Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan.
  • Membuat pergerakan berguling.
  • Membuat pergerakan semulajadi seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, angin dan air.